TINTA MALAM BUTA : DUNIA BISNES BUAT AKU TAK KERUAN!

Mula menaip : 12.25AM

Mataku masih belum rasa nak lelap. Rasa dalam kepala otak ni macam macam duk fikir. Nak buat tu nak buat ni. Rasa tak cukup lagi buat tu , tak cukup lagi buat ni. Pokoknya banyak yang aku fikir secara dalam. Mungkin itu yang dikatakan otak asyik bisnes kot! Orang yang suka bisnes memang tak boleh duduk diam, sebab takut takut ada yang dah maju kedepan dulu sebelum dia. Dalam dunia bisnes ni, selangkah kau lambat, memang habis! hancur musnah orang lain dah balun dulu!

Kadang aku terfikir sendiri. Darimana datangnya gene aku suka berbisnes ni? Nak kata dari abah , jauh panggang dari api. Nak kata mak memang tak la, mak suri rumah kot. hmm dari siapa agaknya aku pun tak pasti. Dan aku pun tak sedar sejak bila darah sukakan bisnes ni mengalir.

Nah!! Baru aku teringat, sejak aku dari zaman kecik lagi aku dah jinak jinak dengan bisnes. Aku teringat ada satu kali tu time tu macam umur 7-8 tahun kot, aku boleh main main dengan kakak aku nak buka kedai jahit! Tau tak, time tu siap aku amik kain kain perca mak aku, aku buat baju doll katenye. Kira macam aku buka kedai tailor untuk baju doll. Kononnya fefeling suasana butik gitu. Adeh!

Lepas tu naik sekolah menengah, memang muka ni laa yang masuk kelab usahawan. Memang muka ni la cikgu duk kenal duk jual jual masa form 4-5 dulu. Secara kebetulan masa tu cikgu ekonomi faveret aku adalah ketua panitia kelab tu. Memang kamcing la kan, tu yang senang je masuk kelas usahawan tu. Siap berniaga niaga bagai tau. Teringat , time rehat je, kitaorang satu team akan bukak satu meja kat belakang pintu kelas lepastu menjual bagai johan. Jual cookies la.. jual roti hot dog la..Jual cupcakes la.. Gigih tau weekend pergi rumah bestfriend , masak masak bagai ni. Aku rasa aku mula in love dengan baking pun lepas masuk kelas usahawan ni and my bff also loves cooking. So kira ngam la kan. Nak jadi cerita siap ada issue tau kata bisnes kitaorang ni nak lawan kantin! havoc jugak la time tu haha!

Itu lah kenangan tak pernah pudar...

Lepas tu masa cuti lepas matrik aku jual cheese tart lah, jual choc most cake la. Time tu sebab aku boring , so kebetulan kaklong nak tambah dana for her project, so kaklong ajak aku buat . Aku pun naik sheh gak time tu, seronok!

Masuk matrik pulak, masuk kelab keusahawanan jugak
Masuk uitm , again... join kelab usahawan jugak

Dah kenapa ko ni nis, nak berusahawan je dari dulu hahahaa!!

Tu yang kata, tanpa sedar sebenarnya yang dah masuk line bisnes ni..

Lepas grad aku macam berkira kira nak masuk sektor korporat ke tidak. End up last last tahan la kejap beberapa ketika, lepas tu terus aku ambil tindakan drastik dan tragik join small company yang run business! Haha...Dahsyat kan? Kengkawan aku semua masuk audit firm la, big four la.

Biaselah kan, anak kedua memang lain macam sikit semangat kesukanan vs kedegilan tahap tak ingat. Apa yang dia nak dia mesti nak jugak. Kalau kata yang tu tak boleh masuk, memang dia tak boleh masuk. Kalau paksa masuk line yang tak minat, memang sampai ke sudah tak minat. Haha

Sebelum join small company ni...

Sempat la kejap run bisnes sorang sorang jual tortilla. It was hard really. Buat sorang sorang without any helper memang jatuh pengsan. Betul kata orang , kalau orang buat bisnes ni tidur berapa jam je sebab sentiasa tak cukup tangan kalau tak buat in a team. Nak beli barang lagi, nak siang ayam lagi, nak potong lagi, nak pan fried ayam lagi. Tidur lambat tu biasa. Tapi seronok sebab puas.

Lepas tu atas sebab tertentu terpaksa stop

Alhamdulillah it was good experience.

Lepas tu join small company pulak. I really learn a lot kat small company. Daripada sekecil kecil benda sampai ke sebesar besar perkara aku belajar. Aku bermula dari bawah. Angkat stok berat, kira stok, bukak booth, angkat barang barang booth yang banyak,  run fb ads, belajar copywriting, manage operation and the lists goes on... Macam macam! Terlalu precious dan aku takkan dapat semua ni bila kerja di company besar.

Ive been in quite big company before, yang aku belajar masa tu hanyalah menjadi seperti mesin! (quite harsh but the reality bites!) Terus terusan buat kerja macam takda hari esok. Hari hari buat kerja sama yang tak berpenghujung. Lepas tu, just bagi step step je pulak tu. Aku tak faham kenapa ini jadi ini, itu jadi itu. You got what I mean? Aku tak dapat nak bayangkan apa yang sedang aku buat. Jadi ko macam berada dalam kotak yang ko sendiri tak paham apa tujuan ko berada dalam kotak tu haha!! Aku ni pulak sejenis yang kalau buat kena dari scratch. Bila dari mula lebih faham dan masuk otak.

Yang lain mungkin boleh kot kerja lama lama macam tu. Tapi macam aku, it really tests my patience that I have to do something. Tu yang terus chow hi hi bye bye tu haha! Tapi aku sentiasa percaya rezeki Allah itu maha luas. Satu yang dilepas, beribu rezeki yang datang. Alhamdulillah for that.

Aku ada buat test tau macam mana nak tau orang tu otak bisnes ke tidak. Dan kebanyakkan ciri ciri nya adalah tepat kena kat aku haha!

CIRI CIRI ORANG BISNES
-Tak suka buat kerja yang sama setiap masa
-Suka berfikir, strategi dan planning
-Suka cuba benda benda baru
-Suka cabar diri
-Suka berdepan dengan risiko yang tak pasti
-Suka buat benda dari mula sampai dapat result

dan ada few lagi yang aku tak ingat

Yang pasti memang semua ciri ni banyak kat aku haha!

Sekarang aku kerja di industri yang berkecimpung dalam bisnes,
Dan aku sendiri ada bisnes under Shaklee

And I really love it

Belajar marketing
Belajar nak layan customers
Belajar nak follow up customers
Belajar nak buat copywriting yang mantap
Belajar pasal BIG WHY

and a lot moree

Setiap hari bangun pagi mesti bersemangat sebab pikirkan BIG WHY. Kalau nak citer pasal big why ni memang boleh buat post lain pulak ,Tu next time aku citer okay?




Business is easy if you have knowledge and positive circle
Business is about you psycho people, knowing the wants and needs of the customers
Business is about grab the potential opportunity
Business solving peoples' problems

Yang penting buat niat kerana Allah. Buat niat nak tolong orang sekeliling dan bukan semata mata untuk diri saja. Itu "jual ikan" namanya kalau macam tu. hehe!

Berhenti menaip : 1.19AM



Comments

Popular Posts