TIPS BARANG UNTUK DIBAWA SEMASA TRAVEL

Korang pernah alami masalah nak bawak apa  untuk travel?
Bila packing rasa nak bawak satu almari?
Asik rasa tak cukup je barang, makin di pack makin beranak begnya?

Anis memang jenis packing kalau paling maksima 3 beg termasuk handbag

Luggage satu, beg pack satu, handbag satu, dah complete

Kalau boleh memang jenis nak bawak paling sikit, beg kecik dari yang lain

Satu, sebab senang nak urus, kita je yang angkat
Lagi satu, untuk elak tertinggal

Sebab tu akan seminimum mungkin bila bawak beg untuk travel

So this is my tips on what to bring when I travel

1) MAKSIMUM 5 TUDUNG


Makesure paling banyak bawak hanya 5 helai tudung maksimum. Paling sikit 3 helai. Tudung hitam itu WAJIB ATLEAST SEHELAI. Lagi best kalau hitam yang instant atau sarung. Selebihnya bawak yang plain dan yang bercorak

Tapi kaknis go for tudung instant shawl ayra from Elsajida. Dulu, kini dan selamanya , sebab material dari moss crepe buat hidup kaknis senang! Grab je dari luggage terus sarung siap. Wallah! Tak yah risau tak bawak iron!

2) MAKESURE BAWAK SEHELAI JUBAH


Haha! Ini memang agak tak masuk akai, tapi bagi kak nis kalau travel kena bawak. Sebab ni macam penyelamat kalau tetiba ada kenduri ke, sebab jubah sekarang dah universal.

Penggunaannya dah meluas. Hatta sekarang kalau gi mall pun orang dah boleh terima sarung jubah. In add, TAK PERLU GOSOK itu penting!

3) BAWAK KAIN BATIK


Ini rare ke tidak kaknis tak tau. Tapi pada kaknis kain batik ni penting kalau korang takde selimut, kalau takda towel, kalau takde bantal,  Kain batik ni sangat BESAR MANFAAT kalau korang gunakan sebaiknya. Misal kata tak de bantal, boleh lipat kasi cantik jadikan bantal. Settle!

4) BANTAL KECIK ATAU NECK PILLOW


Nampak macam kecah je nak bawak bantal bagai. Tapi tahukan korang bantal ni sangat important. Terutama kalau korang naik flight. Pergi mana mana WAJIB kelek bantal ni!

Kalau travel jauh disarankan untuk bawak neck pillow sebab dia boleh support tengkuk kita. Tapi macam kaknis lebih suka yang kecik comel macam ni, lebih sesuai untuk semua suasana

Misal kata tak cukup bantal kat kampung, kat hotel ke, nahh.. Bantal ni penyelamat okay!

5) BOTOL MINI TOILETRIES


Ini sangat titik beratkan. Lelagi kalau travel naik flight. Sebab kalau tak aware, silap haribulan kena tinggal toiletries kat airport. Kalau pergi travel, rajinkan diri cari mini kit macam ni. Senang nak selit selit , kecik ,comel, mudah dan praktikal

Takperlu bawak besar gedabak sebab nanti buat berat beg je. Tahukah korang seketul shampu yang 750 ml tu boleh merubah hidup korang bila travel jauh gara gara beg berat? Tak memasal ada adegan punggah memunggah nanti. Haha! Jadi buat pilihan yang bijak bila travel okay?


6. SUPPLEMENT KIT


Ini wajib tak boleh tinggal. Sama macam toiletries, kalau kita travel wajib bawak kit kekecik macam ni supaya tak makan space. Nak mencari pun mudah boleh masuk poket kecik. Macam kit ni dah siap tulis hari, jadi bertambah senang la keja kaknis

Masukkan je segala pil ikut hari, so dah banyak jimat space dan tenaga. Mudahkan?

Ini antara sebahagian barang yang kaknis akan bawak. Memang praktikal dan memudahkan bila travel. Kalau korang ada tips lain boleh komen kat bawah okay

Till then
😍

Comments

Popular Posts