PERJUANGAN IBU BELUM SELESAI NAK...

Annur Marissa yang bermaksud cahaya kelembutan. Dalam kelembutannya terselit ketegasan dan kekuatan luar biasa yang aku pasti diwarisi melalui sifat ibu dan ayahnya. Kalau kendong Marissa ni nampak je kecik comey lote, tapi sekali dia tendang fuh kuat kateko, aku pun boleh melantun sama 😂 lelagi time bagi susu, jangan dibuat main...

Sebenarnya aku yang bagi nama Marissa mekcha. Mek tu kalau belah pantai timur bermaksud sayang, dan cha tu singkatan manja untuk Marissa. Jadi maksudnya sayang Marissa. Tokki pulak dia yang memula panggil saa. Bunyi nya lebih lembut la tapi memula panggil aku rasa macam kekok pulak ..."apa itu saaa, kenapa saa, saaatu kah? Saarip kah? Atau Saaadon kah? 😆 "

Layankan aje tapi buat masa ni panggilan manja untu Marissa adalah mekcha dan saa. Lebih mudah qalqalah nya hehe. Sekali tengok Marissa orang mesti takkan percaya apa yang anak buah kesayangan aku ni lalui. Aku dah sharekan cerita ini dua hari lepas . Boleh baca sini 👇👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1377547135616077&id=100000824101189

Sebenarnya masa nak post tu aku berkira kira nak pos ke tak, nak pos ke tak, sebab macam masih takda kekuatan nak kongsi. Bukan taknak kongsi, tapi tiap kali aku ingat mesti aku menitis air mata. Aku tak boleh rasa 😢 itupun yang ni baru 2/10 kot yang aku share. Selebihnya biarlah menjadi lipatan memori indah untuk keluarga aku saja yang simpan.

Mekcha sekarang alhamdulillah kalau tengok perkembangan dia macam normal babies yang lain. Sihat walafiat, cergas, suka yakyak😆 , suka susu sangat sangat. Cuma yang menjadi concern kami sekeluarga sekarang turun naik berat Marissa.

Kalau ikut berat mekcha sekarang masih dibawah paras bayi yang biasanya kalau dah 5 bulan akan lebih berat. Berat mekcha masih macam bayi normal lain yang baru lahir. Tiny, cute, kecik comey lote. Kadang bila bawak jalan ramai macam butang mata tengok mekcha because so tiny. Teringat kaklong pernah mengadu citer kat aku masa balik kg baru ni, ade sorang makcik ni kat mall tengok semacam kat mekcha. Mungkin dia anggap mekcha baru lahir kot. Baru lahir dah bawak jenjalan. Padahal mekcha dah lebih 4 bulan kot. Dah kelek kat bermacam tempat kehulu kehilir😂

Its not easy tau, kekadang sekecil kecil perkara contohnya orang tengok anak kita semacam pun hati boleh tercuit dan sensitif. Mestilah akan terasa sikit sebab bila orang pandang semacam, terasa macam sesuatu sangat. Itu belum part bagi susu lagi.

Kalau nak citer pasal bagi susu kat mekcha memang boleh buat karangan. Just tell me, ibu mana yang nak bagi bayi yang dia kendong selama 9 bulan dalam perut minum susu formula kan? Ade ke? I dont think so. Semua kalau boleh nak direct breast feed bagi kat anak kalau boleh sampai umur 2 tahun. Tapi apakan daya. Tuhan itu lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Dia tahu kekuatan dan rezeki lebih daripada kita yang tidak mengetahui.

Kaklong belum direzekikan untuk direct breastfeed mekcha due to mekcha's condition. Bayangkan sehari je sempat belajar cara penyusuan, esok tu mekcha terus masuk ICU, PCICU dan wad biasa. Sepanjang panjang tu, kaklong tak dapat nak bagi mekcha susu. Mekcha hanya diberi susu melalui tiub saja. Kaklong nak kendong mekcha pun takdapat, sebab wayar banyak sangat

Kat leher je ade 4 wayar, tu pun wayar ubat sahaja. Kat perut ada 2, kat hidung, mulut lagi. Kalau tengok gambar sedih sangat. Memang nak bagi susu tak dapat. I saw my kaklong was so struggle untuk at least pump and bagi ikut tiub. Itu pun berapa ounce je dapat.

Really struggle.....

Itu belum lagi ada yang pertikaikan lepas kaklong dan mekcha dapat keluar, kenapa tak bagi direct bf. Siap ada yang cakap "alaa dah tak letak dekat... Mana susu nak keluar"... "cuba letak bagi, tak letak mana nak tau ada ke tidak"..... You know what? its not easy untuk rangsang semula cara penyusuan yang dah lama bila anak tak direct bf. Lagi lagi mekcha baru lahir tak sampai sebulan terus kena buat 1 operation besar direct belah bahagian dada dan 3 prosedur terus pada jantung. Mana kan kita tau, mungkin baby sakit atau tak selesa. Dah cuba tapi bayi menolak. Even the Dr pun concern not to give directly pada baby lepas operation. Kena hold dulu kasi semua stable baru okay.

Sometimes human are easy to complain without limit.

Pernah terfikir hati ibu waktu berpantang sangat sensitif bagai tisu?

Kadang sikit pun tak concern which that makes me feel symphathy to my kaklong

It was really really hard. My kaklong struggle really hard nak makesure at least susu ada. Kadang bila sekali pump, dapat sesikit pun bersyukur yang amat Ya Allah. At least ada daripada takda.

Sebab tu aku memang nak tolong kaklong sungguh sungguh. Aku suggest kaklong makan set penyusuan Shaklee. Alhamdulillah ada progress sikit sikit. Biar sikit dari takda. Memang kaklong pun ada makan benda lain jugak untuk merangsang susu kasi banyak. Yang penting usaha dulu baru tahu.

InsyaAllah usaha memang tak pernah putus. Selagi ada kudrat, kaklong akan cuba. That makes me want to cry a lot. Kaklong really sacrifice many things since mekcha lahir. I saw everything directly kaklong memang sangat kuat semangat. Dari masa Dr inform mekcha ada probs, ulang alik hospital dengan keadaan masih pantang, berpantang tiada mekcha kat sebelah, pastu mekcha 50-50...Allahu😢

masyaAllah terlalu banyak aku belajar dan dapat hadam daripada semua memori ni.
Kalau aku ditempat kaklong, belum tentu aku mampu 😢

Nanti mekcha besar banyak akai, aku nak bagi post ni ajak mekcha baca sama. Aku nak cakap kat mekcha

"saa, ibu dengan ayah banyak sangat berkorban jiwa raga untuk saa tau. Jangan sakiti hati ibu ayah, mamangah dah tengok sejak dari saa lahir ibu ayah takpernah lepas tanggungjawab yang Allah bagi. Semua sentiasa untuk saa. Doakan ibu ayah, tokki nekma, mamangah papasu semua sekali masuk syurga.. Sayang ibu ayah selalu tau"

 Pic : yeay!! Geng gegirl dalam azamiclan dah bertambah 😍😍

Comments

Post a Comment

Popular Posts