KISAH TRAVELOG KE BUMI NZ (SIRI TERAKHIR)

Alhamdulillah kalau ikut post yang sebelum ini

Sila rujuk post siri siri sebelum disini

https://anisazamispeaks.blogspot.my/2017/08/kisah-travelog-ke-bumi-nz-siri-pertama.html
https://anisazamispeaks.blogspot.my/2017/08/kisah-travelog-ke-bumi-nz-siri-kedua.html
https://anisazamispeaks.blogspot.my/2017/08/kisah-travelog-ke-bumi-nz-siri-ketiga.html

Maka berakhir sudah penceritaan Anis pasal NZ ni
So untuk pos ni kira bahagian terakhir Anis nak share dekat korang

Kalini Anis nak share a few bittersweet moments masa travel haritu

Nak mula dengan yang mana dulu ek?
Banyak sebenarnya perkara yang dah berlaku
Tapi kita mula dengan bitter dulu la , boleh?

here we go...

BITTER PART

1) Sapa tak excited kalau pertama kali boleh memandu caravan ni kan. Pengalaman pertama mesti tercuit rasa excited terlebih! Same goes to my dad and other team members yang driving caravan ni. Dalam excited tu, ada jugak terselit rasa resah dan nervous, yelah, paling kurang kat Mesia tu bawak kete je pun, tetiba kat sini kena bawak van, sekali besar macam bas pulak tu! Ntah macam mana kan, aunty yang bawak kitaorang ni ajak benti kejap kat RNR situ sebab ada yang nak pergi toilet buang hajat. Dalam duk ralit semua caravan bersusun nak park, tah macam mana...

caravan yang abah bawak...

kerkkk kerkkk bunyi... Anis duk kat seat belakang tu, memang dapat rasa , " ni macam tercium buntut kereta orang ni. Ahh sudahh" . Makin lama makin kuat , dan makin bergesel bunyi sebab kita duk belakang kan, lagilah boleh rasa. Yang abah memang confident betul boleh masuk parking.

Rupanya...

SAH!!! CARAVAN KITAORANG LANGGOR KERETA ORANG!!

Allah.... tuhan je maha mengetahui rasa waktu tu. Dah la baru beberapa minit je mulakan perjalanan. Tak sempat nak panas enjin lagi! tetiba dah accident. Allah! time tu muka abah memang dah cuak sangat, Anis ni.. takyah cakap la, time tu jugak rasa nak nangis. Rasa macamm " Ya Allah tolong mudahkan perjalanan kami... baru nak mula ni Ya Allah" Anis memang dah nangis dah. Tak tipu...sebab semua pun cuak + takut + sedih

Yang team member lain pun jenuh tolong nak reverse caravan kami , tapi makin direverse makin kemek kereta orang NZ tu... Cuak sangat time tu tau! Tunggu punya tunggu, maka keluarlah owner kereta tu..

Cuak! *dupdapdupdapp lajuu jantung degup*

Yang kitaorang ni expect dia akan marah marah ke tau.. end up nak tau apa jadi?

Boleh dia tersenyum tersangatlah lebar dengan tersangatlah ikhlas..
Siap cakap "oh, dont worry, nothing much , just settle through insurance , not need to worry much, just enjoy your stay here!".

ANDDD,,,HE'S SMILING ALL THE WAY MACAM TAK DA APA JADI!
Kitaorang macam ,, "whattt? biar betul kete hang kena langgar kut wey, kemek lagi! ni kalau kat mesia ni mau dah bising bising...Allah.... manis nya akhlak dia"


Tula encik NZ yang baik tu.. Rilek je sambil bawak breakfast sambil sign surat insurance tu. Tak marah tak ape langsung. Kudos!

Yes.. beribu kali sepanjang perjalanan kami mengagumi akhlak encik NZ tu tadi. Baik sangat! Alllah..Alhamdulillah takde apa sangat semua settle on the dot sebelum balik Malaysia

Pengalaman yang takkan lupa...Akhlak yang indah!

Next.. ni salah satu perkara yang Anis takkan lupa sampai bila bila

2) Remember Anis cakap we all turun bandar Queenstown semalam? Sempatlah kami bermalam kat holiday park kat situ dalam satu malam macam tu. Kalau nak tahu, holiday park dekat Queenstown ni meriah sikit compare to few places before. Sebabnya kat Queenstown ni RAMAI TOURISTS SUKA BERKUMPUL. Jadi kat holiday park sini memang bersepah caravan parking. Jadi macam biasa, lepas geng mak mak menyoping, dah penat kena la masak kan. Kang tak masak tak makan pulak hihi.

Anis ingat lagi.. malam tu memang kami masak agak lambat. Lambat sangat masak sebab dapur kat situ problem sikit. Jadi team kami berkemas pun lambat. Kemas punya kemas jam dah tunjuk dekat 12 tengah malam. Anis dengan geng wanita lain pun nak sesiap la mandi , bersihkan diri semua walaupun susasana tengah malam tu sunyi sangat sangat..Cuma ada beberapa orang kat hall makan tu..

Dah belengas kan, kang tak leh tidur pulak. Lepas settle solat semua, tekak ni buat hal dahaga ler pulak nye haa. Anis pun apa lagi ajak la kenalan untuk teman gi tempat air gedegang.. Jam tunjuk lagi beberapa minit nak jam 1 pagi. Suasana luar caravan dah sunyi... Antara caravan kitaorang nak ke air gedegang tu adala dalam 40 meter , kena menapak sikit dan antara tu la ada satu hall makan tu tadi .Ada a few mamat saleh ntah dari negara mana tah tengah bersembang gelak sikit punya kuat

Okay fine laa yang tuu..

Anis pun dengan kenalan ni dengan konpident pergi la air gedegang tu. Settle beli semua, of kos la kena lalu balik dewan makan tu kan..

lepas tuu..

Tetiba je ada dalam 2 mamat mat saleh ni duk gelak gelak kat kitaorang..
Anis perasan masa duk tekan air gedegang tu lagi. Tapi dia jadi lagi obvious bila kitorang TERPAKSA LALU depan dia sebab nak masuk balik caravan

Tau dia cakap apa?? Sampai sekarang Anis ingat.....

"HEY YOU LADIES..... COME HERE!! HEYYY WHAT ARE YOU WEARING ON YOUR HEAD, JUST LEAVE IT.... YOU GUYS, DONT BE FRIEND WITH THESE PEOPLE"

sambil tunjuk kat kawan kawan dia dan gelakkan kitaorang dengan kuat, sambil tunjuk tudung yang kitaorang pakai

Seriously I was really shocked! Terkejut sungguh!

FOR THE FIRST TIME EVER, DI TANAH ORANG , ORANG PERSENDAKAN AGAMA ISLAM DEPAN MATA ANIS!

Kitorang seriously terdiam, terkedu , terus terus masuk caravan. Masuk caravan , I was really sad time tu ..sebab tak dapat nak defend diri. Anis sedih dan upset dalam masa yang sama

Pengalaman pertama kan,  it was really bitter memory tau. Rupanya Anis dapat tahu yang budak tu actually bukan orang tempatan. Dan dia budak budak lagi..Dorang ni tourists luar jugak dan malam tu DORANG MINUM ARAK. Tu yang high terlebih tu.

Esok tu, tah macam mana dapat tau dia kena marah dengan cikgu pengiring dia sebab kacau orang awam! haha! Tu la kacau lagi anak dara orang!


Bandar Queenstown yang tersimpul seribu satu kisah.. hi mamat saleh.. takbaik tau cakap macam tu kat kitaorang malam tu.. iolss very upset + sedih kali sejuta.. huhu

Dua memori ni memang tak boleh lupa, lagi lagi yang malam kat tapak caravan tu...
Teirngat ringat sampai sekarang...

Okay...
Sudah sudah citer pasal bitter, Anis nak share pulak SWEET part kat sini

SWEET PART

Ahhh terlalu banyak kalau nak list satu persatu

- Of course yang paling utama Anis dah JATUH CINTA DENGAN PENDUDUK KAT SINI. Allah , sangat sangat suka membantu, sangat suka tersenyum, sangat baik hati and the lists goes on and on. Memang kalah akhlak yang sedia ada. Memang sweet sangat dorang ni tau.. Anis ingat lagi ada satu insiden ni, kitaorang actually tengah nak berkelah lunch kat lake pukkaki, sesambil tengah prepare nak bukak meja , kerusi semua, ada couple tua ni lalu .....

Dengan senyum simpul terus datang kat caravan kitaorang " HI, MAY I HELP YOU GUYS? "
Allahuakbar! Mana tak cair, sentiasa nak membantu walau berbeza agama, walau tak pernah kenal!

Ada lagi satu , dekat holiday park yang Queenstown tu kan.. Anis baru je keluar toilet. Toilet sini dia special sikit, nak masuk, kena ada key number special untuk setiap caravan. Jadi ntah macam mana ada girl saleh ni dia terlupa key dia, tapi dia nak masuk sangat sangat toilet tu, Anis pun bagi laa, kesian pulak..belum sempat dia masuk , boleh pulak tersembang..

Sempat dia tanya " I really wonder where are you guys come from ya?" Sebab dia pelik tengok kitaorang duk pakai tudung kemana mana.  Dia kata suka dia tengok kitaorang hehe. Bila kata Malaysia, dia macam pelik sebab macam tak pernah dengar . Kata dekat dengan singapore baru boleh tangkap hihi . Dah la cantik, baik pulak budi pekerti nak menegur (kejadian ni jadi sebelum mamat tu kacau)

Lagi satu kitaorang ada benti satu pitstop jual buah ni.. Yang pelik owner buah tu takde pun, Yang ada hanyalah bakul buah buahan dan sebekas kotak untuk tinggalkan duit. Ni kalau kat sini, mau di kokang bawak larik hihi..


Sesuatu yang kita boleh praktikkan. Tinggi sifat amanah dorang ni

Cuma pilih buah, dan terus bayar kat kotak ni. Kalau ada change pun boleh ambil dari kotak ni. Tengok bertapa mereka amat AMANAH dalam semua situasi. Aunty tu cakap memang benda biasa tinggal tinggal macam ni. Kadang aunty tu, kalau kete dia pun tak berkunci hatta rumah pun tak berkunci sebab tiada sapa yang nak masuk curik curik. huhu

Same goes masa kitaorang nak check in hotel satu malam tu, kaunter tu dah tutup . So kitaorang ni memang dah lambat sampai untuk check in, tengah malam dah itme tu dalam jam 11 malam. So dia tinggalkan je kunci kat depan pintu dalam satu sampul. Allah.. terkedu jap! TINGGI BETUL SIFAT AMANAH DAN PERCAYA PADA MANUSIA. Sesuatu yang boleh dicontohi..

- Next, of course scenery dia yang terlalu cantik . Subhanallah! TERLALU CANTIK UNTUK UCAP DENGAN KATA KATA. Semua sudut ada sisi yang cantik. Bandar nya tenang, udaranya nyaman, tak sibuk, di tambah pula penduduk kat sini tersangatlah positif. Mungkin tu salah satu faktor jugak, sebab bila tenaga positif sentiasa ada, automatik suasana akan jadi tenang dan positif

Kadang teringat.. selalu dalam caravan memang takda benda lain buat, selain tengok gambar gambar, memang qada tidur je la kerjanya. Mana taknya perjalanan satu tempat ke tempat lain jauh.. jadi kena cukup tidur, nanti nak masak plak haha!

Yang kelakarnya apa tau, boleh dalam tidur nyenyak tu, bila ada orang jerit

"WAHHH CANTIKNYA, EH BELAH KIRI KAMBING GEBU, EH BELAH KANAN TASIK BIRU...CANTIKNYAAA"


Antara langit dan saya, mana yang awak pilih? *ko dah nape nis hahaa

Hahhh masa tu memang yang terbungkang tidur yang katanya-nak-qadar-tidur tu pun boleh melingkar bangun macam lipas kudung!

Sampai ada sorang kenalan ni cakap " Aihhh rugiii tidur... kita datang sini nak tengok ciptaan Allah yang cantik, kalau tidur baik tengok google je!" ahaha

Memang betul pun, sekali ko tidur, terlepas nak tangkap gambar, memang sampai kesudah tak dapat tangkap. Tu yang jadi kes "Asal kamera ni ada gambar ni, asal kamera tu tak da" hahaha

JADI, JANGAN TIDUR NANTI RUGI BESAR! Ahaks...

So far.. inilah yang Anis rasa BITTERWEET MOMENTs sepanjang kat NZ ni
Banyak sebenarnya, tapi takpelah, the rest is history

Pada Anis, kalau ada rezeki ,datanglah ke sini. Sebuah negara yang mengajar kita untuk

LEBIH TUNDUK PADA KEBESARAN ALLAH, MERASAI BETAPA KERDILNYA DIRI INI BERADA DI DALAM CIPTAAN ALLAH YANG INDAH

Sungguh, setelah mekah , madinah dan tempat suci yang lain, simpanlah niat kesini
Tak rugi, sungguh berbaloi
Bukan ke Islam juga amat menggalakkan untuk kita bermusafir kan?

InsyaAllah bagi siapa yang membaca Anis doakan Allah lorongkan rezeki untuk datang kesini.
Tanam niat

"AKU NAK BERMUSAFIR, MELIHAT CIPTAAN TUHAN KERANAMU YA ALLAH"

Hope all reader get something
till then!
Bubbye!

Comments

Popular Posts