KISAH TRAVELOG KE BUMI NZ (SIRI KETIGA)

Kembali lagi kita sambung perjalanan travelog Anis lagi ya. Harap tak muntah ijo tau, kalau muntah jugak tadah sendiri! Haha (takdelah gurau je! Selagi duk tengah ingat benda kat sana, nak muntahkan terus kat blog ni ha)

Macam yang Anis dah promise semalam, untuk entry ni Anis nak share serba sedikit tempat yang wajib korang kunjungi dekat NZ ni
Tahukah korang kat NZ ni terlalu banyak tempat yang best, nak yang challenging ade, nak yang rilek rilek ade.. Semua cukup pakej

Yang penting semua ceruk pun kalau selfiah ke, tangkap gambar reramai ke mesti cantik, sebab semua ceruk pun cantik subhanallah!

Okayyy lets cekidaut!

TEMPAT MENARIK KAT NZ

1) TASIK MACAM LUKISAN

Kat NZ ni terdapat terlalu banyak sangat tasik, Sampai Anis sendiri pun ingat ingat lupa nama setiap tasik ni. Yang Anis ingat ada lake pukkaki , lake tekapo, lake wakaitipu. Hah! Ni a few yang Anis ingat! Yang menarik nya lake lake kat sini besar dia macam laut tau. Kalau sekali tengok memang tak nampak macam tasik

Okay lah taknak citer banyak, meh nak banjer gambor


Ni lake paling senang nak ingat, Lake wakatipu. Bukan lake wa tipu lu naa haha. Awan terapung terapung, subhanallah!



Ni kat Lake Tekapo! Ini lake terakhir kat NZ yang kitaorang dapat jejak. Kalau ada rezeki pergi, boleh tengok bunga lupine (ala ala lavender liar) yang sangat cantik 

Terbuai buai kan tengok keindahan ciptaan tuhan. Memang setiap kali lalu mesti tak putus putus cakap subhanallah sebab TERLALU CANTIK SAMPAI KAMERA PUN KALAH! Kena datang sini tengok sendiri. Tu yang rasa taknak balik tu! Haha!

Okay next..

2) MOURAKI BOULDERS

Kat South ni terkenal dengan satu tasik disebalik gunung tau. Namanya moeraki boulders. Nak datang sini memang kena redah satu caves ni. Maksudnya kena tembus gua gunung ni baru nampak tasik ni. Macam ala ala cerita dongeng kan? Memang takjub sepanjang jalan! Ya Allah cantik betul  apa yang Allah hadiahkan pada seisi alam untuk kita kaji dan syukuri. Nangis tengok kiri kanan bermandikan pemandangan yang sangat cantik.



Sepanjang jalan bermandikan scenery yang cantik. Sejuk mata memandang :)

Dengan suasana sejuk, lepas tu celahan gunung gunung hitam tu boleh pulak ada air terjun , Allah cantik! Menarik nya apa tau, kan tadi Anis cakap kena lalu satu gua ni dulu kan? Laluan ni hanya sehala je tau. Maksudnya hanya satu hala saja kenderaan boleh lalu dalam satu satu masa. Apa yang menarik , ada traffic light dalam celah gua tu haha! Jadi bila pihak belah sini nak lalu, yang belah sana kena tunggu dalam 10 minit macam tu. Kitaorang pun apa lagi! Amik peluang la turun kete nak tangkap gambar dalam masa 10 minit saje berlatarkan moeralki boulders ni! Hihi

Dah sampai lake tu terkedu kejap! Memang cantik! Ya Allah macam dalam kayangan cerita dogeng. Sangat takjub cantik Ya Allah! Kami naik macam feri untuk keliling tasik ni.. Lama jugak dalam 45 minit macam tu dia pusing satu lake. Lepas tu dah hujung dapat hadiah cik dolphin munculkan diri sambil buat aksi comel. Macam tautau je kan!



Macam dalam cerita dongeng kan? Subhanallah!

3) BANDAR QUEENSTOWN UNTUK SI LASAK

Yang kaki adventurous?

Meh Anis bawak korang gi bandar Queenstown. Bandar Queenstown ni  merupakan bandar yang havoc atau dengan nama lain bandar yang agak moden kat south. Kalau kat north memang dia jenis bandar moden. Tapi di south ni hanya Queenstown lah satu satunya korang boleh nampak ramai tourist rupanya wujud! Ramai bertumpu kat sini sebab kat sini TERLALU BANYAK AKTIVITI YANG BEST BOLEH CUBA!

Kitaorang kat sini dalam 2 hari je (sob sob!) jadi nak main semua rides memang tak dapat. Tapi sempat laa try kawari rides tu. Dia macam ala ala flying fox tapi ni versi korang boleh pilih nak style mana. Nak macam superman boleh, nak berdua boleh, nak tunggang terbalik boleh. Haha! Memang fun! Terbang kat tengah sungai biru! Anis bukan lah jenis adventurous sangat tapi bila sekali sekala kita rempuh rasa takut tu memang boleh menjadi jadi! Seronok sangat!!! Anis pilih yang macam superman! Hihi

Ni lelaki punya turn dulu


Can you see me? bye nak jadi superman haha! Padahal dalam hati nak tercabut jantung


Nampak tali tu? haaa itu la tali yang bawak Anis... cuba bayangkan dalam keadaan terbang haha! Alhamdulillah selamat and fun!

Sebelah tu ada bungee jumping tau, Anis tengok kecik besar je . TERINGIN TAPI TAKUT NAK CUBA! Ahaha..Untuk bungee jumpin ni mahal cost dia, jadi tak berbaloi sangat.. menangis tak berlagu karang!

Sebenarnya ada  dua benda yang duk telan airliur nak cuba iaitu shotover jet (ala ala speedboat laju redah jeram) dengan parasailing. Ya Allah, memang fun betul tengok orang main! Tapi mengenangkan cost dan timing tak cun, postponed lah! Agaknya suruh pergi lagi tu haha

Last last selain main kawari rides tu, Anis dengan kenalan kat situ main luge (sejenis rides comel macam basikal kontot , hm camne nak explain eh? Haha)  dan cable car sahaja.


Ni la luge tu haha, 3 kali naik kut, ketagih!

Jadi lah dari takde ape pun kan. Pastu settle main semua, terus semua berpecah , jenjalan kat bandar queenstown. Yang ibu ibu dah pergi menyoping, Anis dengan kenalan jenjalan laa berdua kat bandar tu. Not bad, ramai tourist dari luar jugak

Fefeling la berjalan kaki malam malam kat tempat orang . Mujur tak sesat..hehe!

4) UNIVERSITI OF OTAGO BUAT KAMI TERKEDU

Sebelum teruskan perjalanan sempat la aunty tu bawak kitaorang ziarah uni kat sana. Yang best nya uni dorang ni macam dalam taman perumahan je, Dah la cantik bersih kawasan dia. Lepas tu tak rasa macam university pun. Line internet free tanpa batasan! Memang fefeling student sana lah kan!

Hah sempat la yang muda muda duk berangan nak belajar sini


Main campak campak daun kering kat uni otago, Kat mesia tak dan pulak nak lempar dedaun kering tu kan nisss? hahaha

Eh! Tak salah berangan, mana tau niat tu jadi kenyataan  hehe! Kebetulan masa kitaorang jalan tu terserempak dengan budak Malaysia. Siap melambai lambai lagi, nak gi kelas agaknya. Aunty tu cakap student Malaysia kat Uni if Otago ni tak ramai, ramai suka pergi uni lagi satu tu..

5) MOUNT COOK BUAT YANG KAKI HIKERS

Ini adalah sejenis gunung yang kalau hikers nak naik akan pergi sini. Pernah Anis baca ada hikers kat Malaysia semata mata datang NZ just untuk hike. Dahsyat kan? Mana taknya , scenery dia, Allah cantik terlampau sampai tak boleh nak cakap. Cantik sangat.. Yang best nya apa tau? On the way nak gi mount cook ni wajib lalu lake pukaki ni tau. Jadi bayangkanlah, sebelum nak sampai tu kena jamu dengan lake yang cantik ni. Sampai mount cook, dapat pulak scenery gunung yang cantik.


Tasik biru yang cantik sepanjang 30 minit disajikan dengan view ni Subhanallah!


Mount Cook yang kabur sebab baru lepas hujan. Beautiful!

Sapa ada bajet lebih, boleh stay area mount cook ni. Tapi selalunya hikers yang stay sebab nak bermalam dulu sebelum naik mount. Actually kitaorang singgah sini kejap je sebab semata mata nak ambil gambar … boleh pulak kan? Haha


Busy sembang ye kak? feeling sangat! Bajet candid padahal menyuruh orang tangkap candid haha!

Tapi bila datang NZ ni memang you pay for the view pun. Jadi memang tak rasa ralat, Nak menyoping pun tak kesiyor sangat haha…

So far ini the best place that I would suggest. Sebenarnya banyak lagi macam ada tempat untuk horse ride kat kaki gunung, ada tempat untuk berkelah, tempat tengok kambing biri biri dan banyak lagi! Aih nak citer memang tak habis! Tapi yang ni tempat yang sempat jejak haritu…Agaknye suruh gi lagi tu hehe (40 kali cakap harap masin mulut! Aminn ekeke)

DAH PENAT JALAN JALAN MESTI NAK SHOPPING JUGAK KAN?

6) SHOPPING HEAVEN

Shopping ni bukanlah macam nak beli satu mall tu, tapi just untuk buah tangan buat kenang kenangan…

Tempat yang kitaorang pergi haritu kalau untuk shopping souvenir adalah dekat bandar queenstown. Memang kat situ je pun nampak kelibat kedai souvenir pun. Tourists pun banyak situ. Kalau nasib baik, kalau redah bebetul ada satu kedai ni dia memang jual souvenir yang murah macam ala ala kedai RM2 …Jadilah dapat fridge magnet, mug dengan tshirt pun boleh! Kat Queenstown memang bersepah kedai souvenir just kena pandai cari saja J


Rupa bandar Queenstown dari cable car.. di celahan tu banyak kedai souvenir, Just bawak kaki dan ongkos untuk pada yang nak membeli ! hehe

Ataupun selain kat bandar Queenstown, tempat untuk shop dekat RNR hentian masa on the tengah jalan tu. Ada a few places dia buka macam shop. Selalunya memang orang shoping last minit kat situ je..

Fuh banyak jugak kan tempat menarik?
Kalau nak citer memang tak habis..
InsyaAllah later Anis share bittersweet moment kat NZ 

Ni yang paling nak share sebab banyak pengalaman yang membuka mata, sedih , teruja dan gembira jadi

Stay tunedd!



Comments

Popular Posts