KISAH TRAVELOG KE BUMI NZ (SIRI PERTAMA)

Last update blog kesayangan adalah pada 13 August 2017
Aniss! Aniss!! Please jangan jadikan habit
Kan dah janji nak update 3 post every week
Buat 40 hari istiqamah tanpa henti tu kan goal awak kan?
Suka naw  , kejap buat kejap tak 
Aiyakkk

Okay back to topik, kisahnya baru ada idea nak karang blog sebenarnya
And a bit busy with few stuffs (Erghh artis sangat ko kan Anis? haha)
Baru terpikir siang tadi why not share benda yang pernah buat dan lalui hihi

Okay (tengok tu,. tak mula mula lagi hihi sorryy)
Okayy ehmm entry ni Anis nak share my experience and journey masa ke NZ last year dengan famili
Anis just share apa yang ingat je okay since benda ni pun dah setahun lebih yang lalu

Oh ya! untuk trip ni tulang belakang nya adalah mak dan abah..
weyyy kalau tengok plan dorang, fuhhh mau terkujat pengsan
File untuk travel ni je tebal thesis yang 4 keping tu
Kau hadooo??!!
Jangan main main dengan dorang ,bab planning memang nombor SATU! (And I think I inherent from them ahaha!)

Okay Anis proceed je okay, just a bit by bit yang Anis ingat....
here we goo...
Kita mula dengan....

FLIGHT

Flight kitaorang tak direct terus ke NZ. Believe or not dari Malaysia memang takda flight direct ke NZ.. Either ko kena duk kejap kat airport sydney atau ke airport Auckland , NZ. Oh ya! untuk pengetahuan NZ ni ada dua bahagian. Satu South dan satu North. For this trip kitaorang chose to travel South.. Kenapa?? Nanti Anis share kat hujung ya...Dan korang nak tau tak, besar South NZ tu macam besar semenanjung Malaysia. Jadi korang bayangkan dalam masa 8 ke 9 hari ktorg boleh travel satu south tu (SILA BAYANGKAN : SATU SEMENANJUNG MALAYSIA) dalam masa berikut. Memang best! serius tak tipu! 

Okay back to our flight, ktorg sepakat nak pilih travel untuk touch down airport sydney kejap. Tapi just duduk dalam 4 jam je, lepas tu kena bekejar untuk take flight to NZ pulak. Jadi mereput la kejap kat airport tu haa.. Dengan taktau nak buat apa, asik2 gi toilet, pastu mereput kat balai tunggu tu sementara nak tunggu check in huhu

Jangan tunjuk sangat penat muka tu nis haha!

Tapi just nice, ktorg flight dari Malaysia masa lepas maghrib, sampai aussie masa nak subuh sana, Jadi terus solat kat sydney. Yang best sebab ada surau tau kat sana. So no worries. Tapi aku tak bape gigih dengan badan penat, jadi solat kat baby's room je...

Oh ya! lagi satu kalau korang travel ke sydney ke, atau tunggu connecting flight ke tempat lain ke, MOHON SABAR ... Sebab aussie punya checking kat imigresen tu TERSANGATLAH DETAILS!! (I dunt like checking by imigresen😓) pastu kalau ada bawak apa apa yang dilarang ke, yang tak dilarang ikut amaun ke, WAJIB DECLARE!!! Memang WAJIB jangan main main sebab boleh kena fine sampai beratus dollar okay sampai boleh naik court sana! Anis selau tengok kat astro yang citer BORDER SECURITY tu.. Antara banyak banyak airport AIRPORT AUSSIE, CANADA YANG THE MOST STRICT KATEKO.. Sebab tu part paling tak suka bila naik flight ni adalah part nak kena checking semua ni. Jadi lambat nak naik flight sebab kena bukak kasut, tali pinggang, jaket and etc..

Huhu panjang nyee lahai... dipendekkan citer , ktorg naik connecting flight dalam 2 jam nak ke NZ.  Ni pun satu kisah, tau tak flight yg ktorg naik time tu tengah hujan lebat sangat kat luar! Memang flight tu bouncing serius tak tipu. Anis tengok muka mak, mak tengok muka Anis. Serius dalam hati .... "BAWAH NI LAUT DALAM HITAM...... JANGAN LA JADI BENDA TAK ELOK WALAUPUN BOLEH JADI ANYTIMEE JEEE.... YA ALLAH.. " Serius rasa macam dihujung tanduk time tu, panik sangat sangat. Tapi tah macam mana Anis tertidur disebalik hujan lebat tu. Tau tau dah sampai! haha!

Jadi sampai la juga kami di NZ pada tengah malam. Itu pun ada issue gak tu haha, Sebab kalau airport NZ ni korang tak leh bawak any food yang relate dengan daging ke, chocolate ke, dairy products ke, kalau bawak tapi tak declare MASALAH! Kena fineee..dorang memang suka fine fine ni, iolls pun tak pahammm haha

Tapi sebab sebenar, dorang taknak barang yang kita bawak tu disebar mcm virus ke kat NZ ni. Sebab tu most dairy product ke, daging import ke the best kat NZ. Dorang jaga betul.. 

Jadi pastikan sebelum nak naik flight ke mana mana negara PASTIKAN CHECK DULU APA YANG BOLEH DAN TIDAK, APA YANG KENA DECLARE, SANGAT WAJIB!

Memang orang kata boleh pakai redah, tapi jangan nak pakai redah sangat, nak travel kena ada ilmu juga. kena study juga sikit ya...

Fuh.... baru citer pasal flight je kan hahaha 

okay nexttt.....

PENGINAPAN


Okay, untuk penginapan ni mak Anis memang dari Malaysia dah contact sorang aunty ni. Aunty ni memang run bisnes trip ke NZ ni Fuh , tersangat best layanan dia. 1000 star nak bagi. Aunty ni dah set kan macam macam pakej, So macam kitorang ada hari yang akan tido dalam chalet / dorm / hotel , ada hari yang tidur dalam caravan sahaja (NI PART PALING BEST, CHECKOUT NEXT POINT!). Okay ni memang first ever experience tidur dalam caravan! 

Apa tu caravan? Caravan tu sejenis kenderaan yang korang boleh masak, mandi , buang air (tak pernah buat ug ni sebab geli dan tak tau macam mana nak bersihkan lepas selesai haha) tidur (ada katil) , ada tempat penyimpanan. Alaa, macam yang kalau tengok citer omputeh tu, nampak macam segedabak besar van tu kan, haa, itulah caravan!


Hi, meet my caravan 😊

The best view ever! Makin fall makin berseri. Aunty tu cakap tiap kali datang, scenery berubah even tempat masih sama. Subhanallah!

So far, hari pertama memang kami tidur di chalet yang disewa.. hari hari seterusnya tidur dalam caravan. Cuma ada satu kali tu je tidur di hotel. Itu pun semalam je. Tapi for me can if you come to NZ PLEASE! PLEASE! NAIK CARAVAN. Adventureous tau naik benda ni. Best sangat. 

Mesti korang terfikir kan, kat mana la nak letak caravan ni. kat NZ ni memang dah menjadi tradisi untuk sesama family outing hujung minggu dengan naik caravan ni. Jadi macam kita, ada RNR kan kat Malaysia. Kalau kat sana ada macam pusat sehenti untuk korang park caravan korang tu. Dan di tempat tu ada toilet yang bersih, ada dapur untuk masak, ada tempat ampaian, tengok tv, korang boleh topup elektrik untuk heater caravan, buang air sinki dalam caravan tu and etc. Tapi tempat tu berbayar untuk disewa.

My first ever experience with caravan and I love the pitstop. Neat, clean , beautiful, fresh air! Aluamdulillah. This at waikiti water holiday park

Tengok tu, even berejam perjalanan, kami satu team WAJIB turun padang masak. Penat macam mana pun. Sesampai je mmg terus akan masak.. Kalau nak beli, memang koyak poket la jawap nye huhu


Beautiful scenery on the way to mount cook from our caravan


Fuh, sangat best... 

NAK DENGAR CITER SERAM TAK 

ada satu pitstop ktorg berhenti kan, tempat tu kitaorang sampai malam tau. Memang gelap sungguh, dah la terus sampai terus masak, tak dan nak mandi apa, Terus je masak. Pastu jam 12 tengah malam baru nak mandi. Yang kitaorang ni dah cuak ayam tapi nak mandi bersih diri nak solat semua..Toilet dia pulak elok tersorok kat belakang. Belakang tu pulak gelap memang tak nampak apa..Citer dia gilir gilir la mandi berteman.. haha! elok aku duk jaga pintu toilet masa, boleh pulak ada benda gerak gerak kat belakang. Orang lain sedap tidur dahh.. Fuh, aku biyaukan aje

Ghopenyaaaa..

Pagi esok tu, lepas siap sarapan, pakaian semua, saje nak jenjalan bahagian belakang toilet 

tu. Rupanya ada seekor lama kat belakang tuu. LAMA ni macam sejenis binatang macam unta + kuda + keldai HAHA! Cam tu lah bentuk nya...Sila google yaa hahaa

Nampaknye....
Anis dah ngantok pulak, kite sambung later later kay untuk next entry

Tungguuuu......




Comments

Popular Posts