BEDAH BUKU : BUKU AMIRUL BUDAK SUDAN

To be honest aku masih tak dapat nak moveon daripada buku ni
Ada suatu yang tersisa madam Roda tinggalkan pada buku ni
Aku dah banyak koleksi madam Roza, tapi yang ni memang lain macam tamparan dia

SUATU KISAH YANG TAK TERFIKIR DEK AKAL UNTUK KELUARGA YANG TINGGI ILMU AKADEMIKNYA

Itu yang Madam Roza cuba sampaikan melalui buku ni



Setiap helaian kau akan rasa macam tertampar kat diri sendiri
Rasa macam serba serbi tak cukup, tapi bila baca buku ni macam sebenarnya kau cukup je
Tapi sebab nafsu yang membuak sering ucap tak cukup berulang kali

PERMULAAN CERITA

Alkisahnya Madam Roza dan Prof Kamil dan famili bermukim di tanah arab. Kedua dua mereka merupakan lecturer di salah sebuah universiti di Madinah. Nak jadi cerita both of them memang nak sangat anak dia, Amirul ni pandai bahasa arab, jadi orang yang mahir dalam bidang bahasa Al Quran ini,jadi dia belajar tutur kata arab melalui salah seorang guru arab yang berbangsa Sudan di Madinah

As time goes by, Amirul pun makin besar and ada few things jadi pada tempat dia belajar time tu, sekolah tu terpaksa tutup. Dan guru Amirul ajak sekolah kat Sudan..

Like.... what... Sudan kot. negara bergolak yang tak tau hujung pangkal cerita...

BERMULALAH KISAH DI SUDAN

Dipendekkan cerita Amirul dapat lah duduk dan belajar kat Sudan ni. Parents kat seberang tanah arab. Yang Amirul dekat tanah belah sudan. Jauh tak jauh memang sadis la jugak. Kecik lagi kut zaman muda remaja. Dah la kena duduk dengan famili orang sudan, nak belajar budaya dorang lagi. Like struggling sangat for young kid macam Amirul tu.

Tu belum cerita pasal makan sekali sehari kat rumah. Makan benda sama setiap hari. Untuk pengetahuan Sudan merupakan negara yang agak mundur dari sudut ekonomi. Nak beli ayam sekor pikir beratus kali.

Dengan keadaan sekolah yang , masyaAllah sukar nak gambar kata madam Roza. Terlalu daif sampai buat kita rasa terduduk dengan apa yang ada. Tapi still masih semangat nak datang sekolah walaupun keadaan tak mengizinkan

Part yang agak sayu bagi aku

hmmm T___ T

Tapi walau sesusah mana kehidupan orang Sudan, wajah mereka tetap tersenyum, Tak sempat nak pikir suasana susah tu

Ni part kelakor yang buat aku tergelak. Amirul oi! haha



AKHIR CERITA

Agak agak bila Amirul terbang ke Malaysia, bidang apa yang mirul pilih ya?
Bidang arab kah? atau dah meyimpang?
Kalau nak tahu kena beli buku ni..
Worth sangat...

Sangat terinspirasi dengan semangat anak kecil di rantau orang
Di negara yang tak stabil pulak tu
Bukan boleh dibuat main untuk anak umur tu boleh survive dengan homesick semua

Buku ni juga sangat insaf, ada beberapa muka yang buat aku terasa yang " apa lagi nikmat yang masih tak cukup Allah dah bagi.."

Betul betul terasa kena tampar kat diri

Cubalah selak helaian buku ini sekali
Mesti nak baca lagi dan lagi

Air tangan madam Roza tak pernah salah alamat
Sentiasa buat hati terjentik jentik





Comments

Popular Posts