SIAPKAH KITA AMALAN DI ALAM SANA?

Hening malam memecah suasana dengan bunyi cengkerik
Di tengah malam yang sunyi sepi bertemankan hanya bunyian sang cengkerik buat aku terfikir, apa kesudahan ku di suatu alam yang lain nanti
Sunyi sepi seperti malam ini kah?
Atau jauh sunyinya lebih membungkam dalam jiwa?

Sejak semalam hatiku masih tak boleh "move on" dengan insiden menyayat hati yang melanda salah sebuah pusat tahfiz semalam
Ntah la, semakin aku fikir. Semakin aku dapat merasa
Yang bahwa "Allah itu boleh menjadikan sesuatu apapun di bawah kuasaNya" . Besar kuasa Allah itu sampai tiada siapapum yang dapat melawan

Kenapa aku bersedih??
Aku seakan dapat membayangkan keadaan mereka
Bayangkan disuatu hening pagi, rutin biasa bangun pagi nak solat subuh..
Tanpa semena mena.. Bau asap melingkar..
Di tingkat paling atas, hanya satu access jalan keluar, tingkap berjeriji tak boleh keluar. Orang luar hanya mampu melihat dari jauh tanpa boleh buat apa apa.
Kalau aku lah orang yang melihat kejadian itu, aku pasti hati aku akan direnjut rasa bersalah kerna langsung tak boleh tolong. Bukan taknak tolong, tapi dah usaha tetap tiada jalan keluar. Terlalu sukaršŸ˜¢

Setiap kali solat, aku bayangkan anak anak itu menjerit kepanasan. Menangis teriak sambil berpelukan, hanya jeritan yang bersahutan di awal pagi subuh. Yang tinggal hanyalah jasad anak anak kecil yang memilukan. Allahuakbar!

Bila bab anak anak kecil ini, aku jadi tak keruan. Anak kecil, haffaz quran, pergi sekelip mata

Benar benar terkesan
Sehingga saat pengebumian maghrib tadi, kami satu keluarga terasa hiba dan sendu

Pasti..
Ada sesuatu yang Allah nak pesan

Boleh jadi selama ni kita sering lupa nak ingat yang mati itu dekat dan pasti
Boleh jadi Allah nak kita tengok amalan amalan kita kembali
Ada lompang atau tidak
Boleh jadi kita terlalu leka dengan urusan dunia sampai lupa Allah itu lebih berkuasa tentang apapun

Pasti tiap berlaku ada susur galur jalan penceritaannya
Allah dah tetapkan setiap qada dan qadar

Anak anak ini anak anak soleh
Ramai mendoakan..
Moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman
Mereka insyaAllah sudah damai dan tenang disana

Artikel perkongsian Dakwah sentap...

"Tolong ustaz, mana Syafiq ustaz? Saya nak jumpa Shafiq" raung seorang ibu dipagar surau pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah. "Anak puan nama apa?". "Syafiq bin...(saya tak dgr sgt)". Ustaz pun jawab "Masyallah puan, Allah lebih sayang Syafiq puan. Allah dah...." belum habis ustaz ni cakap, si ibu kata "Saya nampak Syafiq lalu tadi dengan jubah putih dia ustaz. Saya nampak dia tadi. Saya nak jumpa dia ustaz. Panggil dia sini ustaz...". Ustaz terkedu dan tergamam. "Insyallah, cuba puan lihat di dalam surau tu kalau2 Syafiq ada kat dalam...pelajar lain semua ada didalam..." sambil ustaz berlalu dan mengelap airmatanya. Ketua Pengarah JAIS yang berjalan seiringan dengan saya turun tangga surau memandang saya sambil kata "kesian...trauma dia.." saya hanya mampu angguk. YDP MPAJ Datuk Hamid hanya mampu tunduk. Dah tak mampu nak kata sebab ibu ini jugak awal tadi buatkan saya dan ramai disitu menitis airmata. Dia sentiasa panggil nama anak dia. Ibu mana yang mampu merelakan anak dia pergi apatah lagi pergi dengan sebeg-
tu rupa - Zack Rahim
.
Jasad mungkin menyayat hati tapi roh roh mereka berlari gembira menuju Allah SWT malah barangkali sedang memilih pintu syurga mana yang ingin dimasuki. Lidah dibasahi ayat Allah sehari2, amalan2 seharian yg tidak pernah tidak bertujukan keredhaan Allah SWT. Berbanggalah para ibubapa anak2 solehin dan hentikan belasungkawa dan kesatlah air matamu kerana asbab usahamu untuk memberikan bekalan terbaik untuk anak anak mu itu barangkali akan menarik kalian ke syurga. Rindu pasti rindu dengan kehilangan tapi kamu dah lakukan yg terbaik dan selebihnya adalah urusan Tuhan yg Maha Agung. Anak anak syurga akan menanti di pintu syurga dgn senyuman Insha Allah 

- copy Dakwah Sentap  -



Kita disini.....
Cukupkah bekalan di hari akhir kita ditarik nyawa?
Boleh jadi bila bila masa saja..

*pesanan untuk diri yang kosong dan hina*

Comments

Popular Posts