UJIAN ITU PROSES TARBIAH DIRI TANPA HENTI...

Tengah baca buku disebalik tembok yahudi sebenarnya
Sambil sambil duk membaca , ralit skrol gambar mekcha kat phone
Hm.. hari hari tak pernah lekang rasanya penuh dah memori kad dengan gambar mekcha

Rindu agaknya mamagah cha ni
Sikit sikit duk tengok mekcha
Sikit sikit masuk mesej whatssapp group

"gambar mekcha mana harini...."
"nak bideo mekcha pleaseeee..."

Padahal baru 2 hari tak jumpa

Itu la rasa hati yang Allah jerut untuk sentiasa kasihkan bayi solehah ini..

Lain rasanya bila kau tahu bayi yang dulunya macam tiada harapan, ada sihat depan mata bagai mendapat peluang kedua
Alhamdulillah

Boleh gelak gelak, senyum senyum nak cakap dengan mamangah
Alhamdulillah

Makin pandai akal, kalau ada bunyi je mesti nak pandang cari sumber bunyi tu
Nampak macam senang mekcha tangkap, cepat dan suka renung orang dalam dalam
Alhamdulillah

Syukur ke hadrat ilahi yang tak terhitung rasanya
Susah nak cakap
Bila kita lalui satu proses semacam "tarbiah" dari Allah yang mekcha lalui haritu , macam ni signage Allah nak inform ..

"Ini semacam ujian tarbiah buat semua melalui bayi solehah ini"

Bila tengok mekcha sihat macam bayi lain, rasa sayu tu direntap rentap
Selalu kalau ingat pasal mekcha mesti nak nangis
Shes really a strong little baby

Maaf kalau entri ini agak emosi
Yes, diri teragak emosi malam ni bila kenangkan mekcha. Dia macam automatik mesti nak sayu. Hm camne nak explain eh? 😅,

Baru balik dengar ceramah Ustazah Norhafizah Musa pagi tadi sebenarnya
Ustazah cakap pasal ujian

Antara point yang terpaling buat diriku rentap hati dan rasa luluh nak nangis ustazah cakap ada satu ayat kata

"Jangan pernah kata diri beriman kalau belum betul diuji"
"Bila ada satu ujian yang datang, ada satu titik dalam hati yang Allah nak ajar iaitu titik redha"

Allah! terpukul aku, terus rasa nak nangis dan dan tu
Orang takkan faham maksud redha selagi tak diuji
Weve been in the situation, nak buat buat rasa redha tu payah benar mula mula dulu tau
Orang lain cakap senang " redha ye, sabar ye"
Cakap berulang kali, tapi ia tetap takkan merubah apapun selagi tak lalui
Payah...
Payah yang mengalami nak terima, hakikatnya nak bersangka baik itu bukan kerja mudah

Syukur masih tersedar dan terpukul cepat tentang..

"Ujian ini tarbiah untuk diri"

Ada lagi petikan yang buat aku terpempan tadi ustazah cakap

" boleh jadi Allah turunkan ujian mungkin untuk kesenangan kita di 'kemudian hari' , mungkin bila dalam kubur nanti , asbab kita diberi ujian di dunia, ujian nya lebih ringan sikit nanti, sebab kita tak tau bagaimana keadaan kita di kubur nanti, siapa nak tolong..mungkin ujian yang kita terima tempoh hari yang akan tolong , wallahua'lam "

Lebih kurang macam tulah bunyinya...

Ujian ini manis kalau kita bertenang, sabar dan renung dalam dalam
Ujian ni lazat kalau kita ingat Allah , puji Allah, minta tolong dari Allah
Ujian ni indah bila kita sentiasa bersangka baik dengan percaturan Allah cantik


Tenangnya tengok chadobo tidur macam ni, alhamdulillah Ya Allah!

Alhamdulillah Ya Allah, hanya Kau sebaik baik perancang, terima kasih atas peluang kedua untuk menjaga amanah dariMu ini.. insyaAllah

Mamangah loves mekcha :)






Comments

Popular Posts