TAKUT GEMUK BILA PERGI KENDURI? TERUSKAN MEMBACA....

Open house dah lepas, sekarang waktu orang marathon buat kenduri kendara pulak

Selalu time kenduri semua benda nak makan kan?

Tahukah korang potensi untuk berat naik sangat tinggi

Mana taknya segala jenis lauk pauk nak dicuba. Macam dah takde hari esok

Kaknis nak share kat korang tips untuk elak badan naik bila ke kenduri



Jom baca!

1.Jangan Skip Sarapan


Kita sibuk sangat nak bekejar nak gi kenduri sampai lupa nak breakfast. Paling sadis cakap "alaa aku nak simpan perut..."

Tahukah korang, kalau simpan perut, possibility untuk korang makan banyak time kenduri amat tinggi?

Jangan sesekali tinggalkan sarapan  dan pilih sarapan tinggi serat dan protein untuk kita rasa kenyang lebih lama. Pilihan kaknis? Op kos ESP. Bagi tenaga dan kenyang lebih lama

2.Bercerai dengan Air Manis Bergula


Air manis seperti sirap , oren dan macam-macam lagi adalah antara selalu kita terkam jika masa kenduri kan dan biasanya akan bertambah air.

Tapi sedar atau tidak kita bahawa air manis tu ada gula yang berlebihan dan biasa bancuh bukan guna sekilogram tapi berbelas kilogram. Jadi cerai talak tiga terus ya dengan air manis ini.😂

3.Bawa Bekalan Air Kosong Sendiri


Biasanya kenduri tiada di sediakan air kosong , kalau ada pun tak banyak , jadi nasihat kaknis, bawalah bekal air kosong sendiri dengan ini lebih selamat dari kita minum air manis. Kita pun mudah rasa lebih kenyang

4.Mulakan Dengan Buah Dahulu


Untuk kita mudah kawal selera , mulakan makan buah dahulu sebagai pembuka selera semasa kenduri. Biasanya akan ada buah tembikai , oren atau pun epal.

Secara tak langsung dapat kawal pemakanan kita sebelum makan nasi

5.Buat Pilihan Lebih Sihat


Bukan tak boleh makan lauk kenduri , gulai kawah , ayam masak merah, masak lemak pisang muda, semua tu boleh makan tapi kawal dari segi kuah, dan ambil isi sahaja.

Kalau nak makan nasi pun, makesure amik 1/4 daripada pinggan. Lagipun dah bancuh ESP kan tadi, mesti terasa kenyang lebih lama

Itu panduan yang dapat kaknis berikan semoga dapat kita sama-sama amalkan untuk ke arah gaya hidup lebih sihat.

Comments

Popular Posts