TANGGUNGJAWAB ANAK SEHINGGA KE LIANG LAHAD

9.55pm Ahad

Ini merupakan suatu ceritera betul yang memang terjadi di alam realiti. Pertama kali aku mendengar, air mata aku jatuh mengalir laju tanpa sedar.

Ada apa dengan tanggungjawab?
Moga bingkisan ini menjadi pedoman buat kita si anak untuk berbakti pada kedua orang tua

Kisah ini bermula, bila seorang hamba Allah ini menceritakan detik tanggungjawab yang terakhir pada ibunya.


Di dalam pesawat bahagian business class...

Si anak mencapai buku yassin yang elok muat dalam pegangan tangan. Terus si dia melantunkan tanpa menghirau mungkin ada bisikan dan pandangan pelik dari sisi sisi kabin. Lantunan ayat ayat daripada surah yassin itu benar benar menenangkan, dan melunakkan hati si anak yang mungkin tika itu merasa resah dan gelisah. Tak semena mena, penumpang di sebelah menyapa tanpa sedar.

"maaf bertanya,kenapa baca yassin dalam flight ya?"

Mungkin merasa pelik. Orang dalam flight baca buku, tengok screen tapi yang si anak ini baca yassin. Lantas si anak menjawab dalam suara yang kelam lesu dalam keterpaksaan

"di bawah kaki saya ini, ada jenazah ibu saya"

Diam kelu terperuk seribu bahasa penumpang bersebelahan tadi. Mungkin berasa kasihan akan si anak ini. Mungkin juga tak menyangka itu jawapan yang keluar dari mulut si anak tadi.Si anak cuba mencari kekuatan disebalik kesedihan akan pemergian ibu tersayang

Beberapa jam sebelum penerbangan...

Suatu siang yang hening, si anak ini dikhabarkan berkenaan pemergian ibunda tersayang.  Pada ketika itu, setelah berita pemergian di sambut, si anak berkira kira berfikir untuk membawa dan semadikan jenazah ibunya di kuala lumpur yang pada tika tu, jenazahnya berada di kelantan.

Si anak yang begitu amanah dan merasa ketanggungjawaban terus mengambil keputusan untuk disemadikan di kl dan bukannya di kelantan. Cuba kita bayangkan, seberapa jauh kelantan dan kuala lumpur. Mungkin makan masa berejam rejam untuk si anak laksanakan penyemadian untuk arwah ibunya.Lantas, si anak mengambil keputusan untuk terus membawa jenazah ibunya menaiki pesawat supaya tempoh untuk penyemadian berlaku lebih cepat. Masa merasa berjalan terlalu lambat buat si anak walaupun jarak masa untuk touch down di kl hanyalah dalam 45 minit ke sejam perjalanan.

Rasa terlalu lama...

Terlalu banyak ujian yang dihadapi untuk membawa jenazah pada mulanya. Tiba tiba keranda untuk membawa ibunya tidak dapat muat dengan ukuran jenazah. Hati si anak menjadi gundah kerna terlalu menitipkan untuk secepat mungkin langsaikan tanggungjawab terakhir ini. Entah macam mana, berkat doa yang bersungguh, elok je masuk kabin, jenazah arwah ibunya muat elok masuk.

Sepanjang perjalanan tak putus putus si anak melantunkan ayat suci al quran. Hati yang resah awalnya menjadi sedikit tenang. Sesekali ada air mata yang mengalir di hujung ekor anak matanya. Sesekali si anak menyeka air mata yang mencurah. Membayangkan jenazah ibu di berada di kaki, makin di rasa terlalu lama masa berlalu. Terus memori lama bersama si ibu menggamit gamit untuk di ingati. Namun semua itu hanyut dalam memori semalam yang tak mungkin akan kembali

Sampai di KLIA, pegawai di KLIA memaklumkan si anak, proses untuk mengeluarkan semula jenazah agak mencabar dan memakan masa yang lebih panjang. Dikhabarkan ketika itu bahawa mengikut prosedur , bagi kargo yang membawa jenazah, masa yang diambil sepatutnya kurang lebih 2 jam untuk di keluarkan. Mendengar penjelasan pegawai, terus air mata si anak mencurah tanpa sedar. Mana mungkin nak menunggu lagi 2 jam untuk semadikan sekujur tubuh yang kaku ini.

Berbekalkan kekuatan yang tika itu merasa lemah oleh si anak , terus si anak merayu...

"tolonglah encik, ibu saya baru meninggal, boleh tak keluarkan dulu jenazah ibu saya, tolonglah encik, saya merayu. Tolong encik"

Sudah tidak si anak hirau akan mata mata yang memandang. Yang dia tahu jenazah ini harus disegerakan dan tak boleh ditangguh tangguh lagi. Harus di buat dengan cepat. Hati si anak terlalu luluh jika yang tidak diselesaikan cepat. Mungkin berkat doa dari si anak, pegawai itu berkata

"ini tangungjawab saya pada awak dan seluruh masyarakat. Ini sekadar secebis fardhu kifayah untuk saya manfaatkan. Jenazah ibu encik akan dikeluarkan 15 minit dari sekarang"

Allahuakbar!!

Mendengar penjelasan pegawai itu, buat hati si anak terus merasa berterima kasih yang tak terhingga. Terasa nak sujud syukur tika itu juga. Alhamdulillah Allah amat mendengar doa anak anak buat arwah ibunda tercinta

Segera, jenazah itu disemadikan usai sampai di rumah si anak.

Allah benar benar mudahkan dan lorongkan untuk si anak mengurus jenazah si ibu. Anak yang baik akan terus berbakti kepada ibu dan bapanya sehingga ke titik yang terakhir. Dari sebermula waktu ibu masih ada sehinggalah waktu akhir pengurusan jenazah arwah, si anak tidak pernah alpa akan tanggungjawabnya pada si ibu

Kisah ini sangat menyentuh sanubari ku. Kisah ketanggungjawaban anak pada ibunya tiada tolok bandingnya. Terus berbakti sehingga ke liang lahad. Terus menerus mendoakan untuk arwah ibunya.

Sungguh....
Ini kisah benar
Ini kisah betul

Moga kita dapat mengambil iktibar dan ibrah dari cerita ini

Kisah dari...
Hadith open mic 2
Ahad 9.30 malam

Langit biru yang kosong
Bagai hati yang kosong tidak diisi
Makin lama boleh jadi hati mati

Pic  : kuala terengganu 12.30pm


Comments

Popular Posts