UNTUNGNYA SANG LELAKI!

Sambil sambil tunggu abah nak habis solat jumaat, sambil terdengar khutbah jumaat sebelum gerak balik teganu

Ramai rupanya yang macam kitorang buat pit stop kat masjid kejap before teruskan perjalanan pulang ke kampung. Yang sang isteri dan anak anak perempuan semua duk dalam kete sesambil telinga basah dengar khutbah dari luar

Masih ramai rupanya yang cakna pasal solat jumaat even tengah bermusafir. Alhamdulillah. Tapi ada jugak segelintir yang ambil ringan nak solat jumaat😥

Sometimes kan aku wonder kenapa ramai masih ada juga yang kurang ambil berat hal ni. Solat jumaat ni tak lama. Ambil masa sikit saja. Sambil solat sambil boleh merehatkan badan dan recharge balik tenaga

Pada aku bertuah nya lelaki sebab ada satu masa Allah beri masa sikit pada sang lelaki untuk duduk, audit diri dan dengar peringatan setiap minggu. Tak lama pun. Tapi masih ada yang tak buat

Rugi! Rugi!

Betapa untungnya lelaki bila ada masa istimewa pada sang lelaki untuk sentiasa di sogok dengan ingatan demi ingatan setiap minggu

Pahala solat jumaat dapat
Pahala berjemaah dapat
Pahala dengar khutbah pun dapat

Pada aku nikmat ini tak harus di pandang ringan

Syukurilah sebelum terlambat wahai sang lelaki!





Okay sat lagi nak gerak dah. Anis dah macam sauna kena bakar dalam kete ni 😝

Till then
Anis


Comments

Popular Posts