SHRMZB Syawal baru datang lagi!

Alhamdulillah, allahuakbar!!!
Sempat jugak merasa raya lagi kalini
Dua hari lepas dah raya, dan tak sangka harini dah hari ketiga raya

It feels so different untuk raya kalini
Sometimes how I wish ramadhan akan ada setiap bulan. Lain perasaan nya bila ramadhan dah pergi. Ramadhan hanya sebulan, mesti ada ganjaran lain macam yang Allah janji pada kita kan? Tapi memang kalini raya rasa macam ntah biasa yang sangat biasa

Sebab selalunya mesti aku akan excited nak beli macam macam. Gigih redah segala mall, kedai kat shah alam semata mata raya punya pasal. Tapi raya kalini sangat lain. Aku takde rasa nak beraya. Even the night before raya rasa sayu yang sangat sedih. Macam mana nak describe eh? Aku pernah dengar kat ikim, kadang kala kita dah tak rasa macam seronok seperti sebelum mungkin sebab faktor kematangan dan pengalaman. Dalam kes aku ni faktor mane satu?πŸ˜‚

Tapi raya tahun ni tak macam sebelum sebelum ni. Makin lama makin sikit ahli. Makin lama makin suram. Ramai yang dah ada keluarga sendiri dengan anak cucu cicit. Memang ada yang akan datang raya kedua dan seterusnya, tapi takkan sama rasa bila rasa raya tu hadir pada hari last puasa, malam raya dan pagi raya. Lain rasanya...

Sometimes how I wish semua sedara sepupu makcik pakcik aku tak tua. Boleh ke?haha! πŸ˜‚ but really, makin besar makin kurang rasa. Dulu kan masa kecik mesti excited sangat sangat, aku dan sepupu sepupu aku kitorang yang belum kahwin ni akan tidur dalam satu bilik yang memang khas untuk anak dara πŸ˜…πŸ˜‚ akan tidur lambat dan kitaorang akan borak sampai pagi. Macam macam borak tak ingat dunia. Dari hal sekolah, hal baju raya,hal personal. Hati ke hati gituh. Hehe. Tapi semua tu dah takde, semua tu dah ditelan memori. Semua pun dah besar, ada yang dah ada pasangan sendiri jadi memasing ada tanggungjawab baru...

Dulu kat rumah tok riuh macam nak pecah rumah, sana sini ada orang berlari, semua gotong royong masak malam raya, boleh mandi air telaga, aktiviti wajib aku dengan sepupu dulu, main pasir guna bekas axion! πŸ˜‚πŸ˜‚ berebut semua nak buat istana pasir axion katenye! Haha pastu nak gi toilet kena beratur awal sebab toilet available dalam rumah satu je. Kalau berani boleh gi toilet luar. Bayangkan anak tok 10, menatu 10 belum lagi cucu, mau 30 lebih time tu. Tiap tahun mesti ada baby kecik baru (even until now haha! πŸ˜†πŸ˜†). Sila bayangkan...

And the lists goes on and on........

I really miss those memories. Kalau boleh putarkan balik, aku nak stay je zaman tu. Sekarang batch umur aku ramai yang dah kahwin, yang akan kahwin dan yang akan ada anak pun ada. Sekarang tinggal batch last yang masih kecik macam zaman aku suka main pasir dulu. Batch terakhir kutπŸ˜‚

Bila tengok telatah dorang, aku teringat memori dan telatah dengan sepupu sepupu aku. How time flies kan?

Sekarang rutin malam raya dah berbeza. Totally lain. Selalunya last ramadhan aku, mak dan mak cik aku yang available balik kitaorang akan pulun masak habis habis untuk raya. Kelakar pulak rasa. Dulu masa kecik orang kuat kakak sedara aku, sekarang aku pulak ganti tempat dia. Tapi okay je, pengalaman heheπŸ˜‚

Aku macam biasa jadi PA mak aku untuk basuh pinggan, tolong kacau, potong dan menumbuk. Menu mak aku lists taknak kalah pulak macam makan 50 orang haha. Tulah mak aku, niat nak kasi orang makan, sanggup buat lebih 4 menu. Tahun ni kitaorang berdua je tungtangtungtang sebab ramai tengah otw last ramadhan tu. Mencabar jugak, tapi taksangka sempat weh buat menu berderet tu. Rasa cam superpower pulakπŸ˜† dari jam 10 pagi sampai 12 tengahmalam weh. Benti untuk solat je haa hahaa...marathon lari pun pit stop dia lama okay πŸ˜†πŸ˜†


           Rendang dendeng in the making

Biasanya malam raya , geng lelaki yang akan mulakan misi untuk membakar. Menu wajib tiap tahun , bakar kambing dengan satay! Menu tambahan tahun ni, lokching satay ikan πŸ˜‹Tapi tahun ni malam raya hujan selebatnya jadi proses bakar tu mula lambat. Kesian sek sek laki, tidur pukul 2 pagi kot πŸ˜‚ tugas hakiki aku malam raya membaking atau buat western food hahaa. Sebenarnye nak retire baking tapi tak sampai hati pulak ada yang nak makan. Aku tak pandai mana pun, baking pun lama tak buat sebab sibuk, tapi bila ada yang nak merasa ku gagahi juga. Habis jugak tapi kalini macam bantat pulak haha nasib ade rasa πŸ˜‚ lama tak beraksi membaking


Ini la carrot cake yang bantat tu haha tapi habis weh πŸ˜‚

Esoknya pulak pagi confirm riuh. Berebut toilet tu pasti. Sesambil tunggu riuh tu hilang aku terus gi dapur dulu sebab nak balun kambing dulu haha.


Selesai solat, macam biasa bermaaf maafan. Ini tiap tahun memang tak tinggal even ahli dah tak cukup, tempat bersalaman pun berubah, aktiviti ni wajib kena buat. Dan rasa sayu tu masih sama. Seriusly, jatuh berderai derai air matakuhhh

Paling tak boleh bila tokki dah mula nangis. Lain rasanya bilamana ko tak pernah tengok dia nangis, tapi pagi raya dia orang yang akan menangis banyak. Lain rasa tu. Aku tak setuju bila orang cakap raya tak patut menangis. Pada aku benda ni subjektif, menangis tak bererti sedih teruk, tapi mungkin sebab dorang terharu anak anak balik. Dan pada aku berhak je nak nangis sebab rasa sayu dan bersyukur. Sedih sangat okay..



😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒

 Tokki dan tok dah tak larat. Bila setahun sekali je jumpa, makin lama makin nampak uzur tua, hati aku rasa sedih dan sayu. Dulu tok sihat, suka dengar tok bleber (excusemyloghatπŸ˜‚) sebab itu yang akan dirindu sebenarnya. Dulu tok tokki sihat, nak bangun senang, sekarang, nak duduk cacang pun susah. Struggle sangat 😒 zaman sihat dah ditelan usia πŸ˜₯

Begitulah masa ditelan usia. Makin lama makin lain. Makin lama makin berkurang ahli. Rasa tu makin berbeza. Takkan sama macam sebelum ni. Yang masih ada , teruskan cara dan tradisi. Yang ada tanggungjawab lain, doa untuk yang masih ada jangan dilupa. Rasa, pengalaman dan perjalanan memang akan lain. Tapi rasa tautan, ukhwah, silaturrahim tetap takkan pernah berubah

"Ya Allah, kau lindungi keluarga besar kami daripada perkara yang tidak disukai oleh Mu. Berkatilah hubungan tautan keluarga besar kami agar sentiasa dibawah rahmat Mu. Tempatkan keluarga besar kami , dan temukan keluarga besar kami di syurgaMu kelak"

 Basuh jangan tak basuh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



                            Alhamdulillah

Comments

Popular Posts